Juadah Berseri di Aidilfitri  

Senyuman berseri-seri girang dihati, bahang menyambut Lebaran hangat dirasai. Kemeriahan menyambut Syawal kelihatan di sana sini. Bagi umat Islam semua ini amat dinanti setelah sebulan Ramadan dilalui, menyambut Lebaran setahun sekali bersama keluarga serta sanak saudara mengeratkan hubungan silaturahim.

corelle2

Sambutan Syawal ceria sekali, pelbagai juadah tersedia menanti, rendang ketupat sudah pasti, pembuka selera di pagi Aidilfitri. Dalam kesibukan menyediakan pelbagai persiapan raya, jangan dilupa pada juadah di meja. Sudah bersiap cantik menawan, kacak bergaya, pastikan pinggan mangkuk yang ada juga setara, supaya tetamu yang datang menikmati juadah dengan lebih berselera. Seharian di dapur memasak pelbagai menu, pastikan persembahan juga setanding rasanya, barulah berpadu rupa dan rasa mendapat pujian tetamu semua.

Corelle1Persediaan menyambut Lebaran sudah semestinya melibatkan perbelanjaan yang tinggi, memahami bebanan ini Guardian dengan sukacitanya menawarkan promosi hebat belian dengan belian ini (PWP) khas untuk sambutan Syawal yang bakal menjelang kini. Anda tidak perlu lagi risau tentang set pinggan mangkuk kerana semuanya boleh diperolehi dengan promosi ini, lebih istimewa lagi pinggan mangkuk yang ditawarkan semuanya dari jenama hebat Corelle/Pyrex.

Produk keluaran corelle/pyrex amat bermutu tinggi kerana ia selamat diguna untuk ketuhar gelombang mikro, mudah dibersihkan, nipis dan ringan dan selamat digunakan. Justeru itu anda memang akan rambang mata dengan pilihan diberikan dari pinggan makan 26cm Dinner Plate kepada mangkuk 500ml Soup & Cereal Bowl atau 21cm Soup Plate. Terdapat juga mangkuk bersaiz besar, amat sesuai untuk menghidangkan makanan-makanan utama dengan memilih 1L Serving Plate atau 1.7L Oblong Casserole.

CorellePyrexIstimewanya produk Corelle ini didatangkan dengan waranti selama 1 tahun, manakala produk Pyrex pula mempunyai 2 tahun dimana penggantian boleh dilakukan bagi pinggan mangkuk anda yang pecah, retak ataupun sumbing akibat dari penggunaan biasa seisi rumah (tertakluk kepada terma dan syarat) sudah semestinya ini merupakan tawaran yang amat menarik.

Tidak perlu mengumpul setem mahupun mata ganjaran, hanya dengan berbelanja minimum RM30.00 dalam satu resit di Guardian anda sudah boleh mengumpul pinggan mangkuk Corelle atau Pyrex yang cantik lagi bermutu tinggi ini. Tawaran ini sah dari 23 Jun sehingga 31 Ogos 2016 dan berkuatkuasa sementara stok masih ada. Jadi jangan tunggu lagi! Pergilah ke Guardian berhampiran dan belilah barang keperluan untuk anda dan seisi keluarga untuk mengumpul semua jenis pinggan mangkuk yang ditawarkan. Bukan sahaja anda dan seisi keluarga hebat bergaya, makanan yang dihidang juga ceria, dalam pinggan mangkuk Corelle dan Pyrex semestinya, melengkapi keperluan di Hari Raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Guardian.

 

 

 

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail