Tips berpuasa untuk Ramadan ini.

Pejam celik, pejam celik sudah beberapa hari umat Islam menyambut Ramadan di seluruh dunia. Namun begitu, untuk mendapatkan momentum supaya kekal segar, sihat dan ceria sepanjang hari di bulan penuh barakah ini bukanlah perkara yang mudah.

Puasa2

Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan dari orang yang tersayang agar semua sihat sejahtera sepanjang tempoh menjalani ibadah ini.Terasa amat rugi sekiranya orang lain berpuasa kita tidak dapat turut serta kan? Ramadan ialah bulan yang paling istimewa kerana selain dapat menikmati aneka juadah, ia juga merupakan bulan umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala berganda.

Mengekalkan kesihatan dan kesegaran sepanjang bulan Ramadan ini amat penting bagi semua terutama dalam menjalani pelbagai aktiviti kehidupan, atas keprihatinan itu kami kongsikan beberapa tips dan panduan untuk anda kekal segar dan sihat sepanjang Ramadan ini.

1. Minum air yang banyak semasa berbuka dan bersahur untuk mengelakkan dehidrasi, ini dapat membantu memberikan kesegaran yang diperlukan sepanjang hari. Elakkan minuman yang manis dan berkafein, kerana ia tidak membantu untuk menggantikan air dalam badan yang hilang selain itu ia tidak baik untuk kesihatan.

Puasa6Image source: Delfi

2. Bersahurlah dengan hidangan yang berserat tinggi dan berkhasiat. Jangan lupa untuk mengambil suplemen dan vitamin-vitamin harian di waktu sahur. Ini kerana aktiviti harian kita memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.Antara produk yang kami syorkan adalah suplemen dari Seven Seas Pulse yang mengandungi konsentrasi minyak ikan yang tinggi dan Evening Primrose yang amat baik untuk kaum wanita. Vitamin C pula untuk meningkatkan sistem Jangan lupa untuk mencuba rangkaian produk dari jenama Pharmaton yang sesuai untuk seisi keluarga terutama untuk sicomel yang baru belajar berpuasa.

Puasa4

3. Berbukalah dengan kadar yang sederhana walaupun keinginan untuk mencuba pelbagai juadah itu amat tinggi. Ini kerana perut kita tidak dapat menampung pelbagai makanan dalam satu masa, terutamanya setelah seharian tidak menjamah sebarang makanan dan minuman. Namun begitu sekiranya berlaku ketidak selesaan perut, cubalah produk Alucid yang dapat melegakan gastrik, asid berlebihan mahupun pedih ulu hati. Selain itu bersedialah dengan ubat-ubatan yang dapat membantu sekiranya berlaku keracunan makanan, perkara ini sememamgnya sering terjadi ketika bulan Ramadan.

Puasa5

4. Pastikan kita semua mempunyai nafas segar sepanjang bulan Ramadan ini. Tidak makan atau minum boleh menyebabkan mulut kita kadangkala mengeluarkan bau yang kurang selesa, maka adalah disyorkan untuk menggunakan produk-produk pembersih mulut. Pembersih mulut seperti Listerine dapat membantu membasmi bakteria, kuman dan pembentukan plak yang menjadi punca utama kepada bau mulut.Puasa3

Tips terakhir dari kami adalah supaya ibadah puasa dilalui seperti hari-hari biasa, kerana persediaan mental penting dalam memastikan kita kekal segar dan yakin sepanjang hari. Sehubungan dengan itu, jangan lupa untuk mendapatkan produk-produk yang kami syorkan dari mana-mana cawangan Guardian berdekatan anda. Besar harapan kami supaya anda dapat melalui bulan puasa ini dengan penuh keceriaan.

Selamat Berpuasa dari Guardian!

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail