Dari zaman study sampai sekarang, aku memang pantang nampak Guardian. Boleh habis kan masa berjam-jam melepak masuk dalam tu. Ada love-hate relationship tau dengan Guardian ni.

Love- Suka masuk sebab segala tok nenek barang ada dalam tu kan? Suka lah belek sini sana. Kadang-kadang sampai sejam masuk pon tak decide lagi nak beli apa. Haha. Punya lah rambang mata. (✿ ♥‿♥)

Hate- Sebab tak suka masuk Guardian ? Kalau tak melayang duit dekat situ tak sah. Huhu. (╥_╥)

Husband aku selalu pelik. Dia kata “Apa yang best sangat masuk Guardian tu? Tak faham lah. Tak bosan ke u duduk lama-lama dalam tu”

Eh eh. Kenapa pulak nak bosan? Guardian ni syurga membeli-belah kot. Guardian ni semua benda ada! Sebab dalam satu kedai ni boleh beli macam-macam. Boleh beli syampu sambil beli mascara. Nak beli panadol boleh terambil lipstick. Nak beli lotion boleh ambil jajan sekali. Nak beli minyak cap kapak boleh terambil coklat pulak. Haha. Memang one stop solution ah Guardian ni. Satu terapi ah untuk aku kalau masuk tempat-tempat begini. Pastu tengok semua barang tersusun cantik pon rasa best dan mendamaikan. Hehe (✿◠‿◠)

Kadang-kadang kalau pergi mall mana-mana husband aku nak jumpa kawan dia/ dia ada hal nak buat, memang aku suruh dia tinggal kan aku dalam Guardian je. Dia pon dah paham sangat dah dengan aku.Dia pon tahu aku memang jenis membelek-belek barang lama. Aku memang gitu. Kadang-kadang semua produk tu nak baca ingredient takut ada barang terlarang ke apa and cek tarikh luput bagai. Bab-bab produk ni aku memang teliti sikit. Kang pergi tempat mekap, try tester pulak. Tu boleh ralit je duduk dalam Guardian ni.

Tapi haritu masuk Guardian terkejut aku ada jual pinggan. Pinggan Corelle pulak tu. Pastu harga murah gila. Kena spend RM30 je untuk aku dapat beli pinggan ni dengan harga diskaun. So apa lagi. Terbeli lah! Haha.IMG_1439

Dulu aku tak kisah sangat pasal pinggan mangkuk ni. Lagi-lagi time bujang dulu. Cuma ibu aku ada ah pesan nanti aku dah kawen dia nak bagi pinggan Corelle dia dekat aku. Hobi ibu aku ni menternak pinggan jugak dekat rumah tu. Haha. Aku pon tak faham kenapa perlu beli pinggan Corelle ni banyak-banyak pastu tersadai dalam almari. Pastu ibu aku kata “Tu untuk tetamu datang.Tetamu ni bawak rezeki tau. Kena hidang pakai pinggan cantik-cantik. Ni nanti anak-anak ibu kawen tak payah beli pinggan dah. Ambil je pinggan ibu yang dah beli ni”

Aku pon ok je. Jimat duit aku tak payah beli pinggan. Haha. Bukan aku kisah pon pasal pinggan. Janji ada kan? Dapat pinggan free beli ubat gigi pon aku bedal je guna. Janji pinggan. Haha.

Tapi bila dah kahwin dan dah jadi mak-mak ni, tetiba suka lak kumpul pinggan. Tu lah dulu mengata ibu aku, sekarang aku pon dah jadi penternak pinggan dekat rumah. Adeh.

P1170582

Dalam banyak-banyak pinggan, kenapa Corelle? Ibu aku cakap Corelle ni tahan lasak, nak cuci pon senang, cantik pastu sangat ringan.P1170587

Yang aku paling aku setuju cakap ibu aku sebab dia ringan. Bila tetamu datang tak ada lah berat sangat nak mengangkat pinggan tu. Kalau guna pinggan biasa serious berat pastu kadang-kadang senang pecah pulak tu. Kalau corelle ni, dah ah ringan pastu kalau terjatuh ke apa memang susah nak pecah. Sebab tu aku suka tu.Corak pinggan pon cantik dan sweet gitu.

P1170592 P1170591

Pyrex ni ada warranty 2 tahun.

P1170621Ikan patin tempoyak. Ada 2 ketul je ikan. Dah 2 orang dekat rumah je makan. Han tak boleh makan tempoyak lagi. Hehe.

P1170625P1170627Suka lah corak pinggan dia. Simple je tapi comel :D

IMG_1441 IMG_1440Makan dulu. Hehe.CorellePyrex

Singgah Guardian boleh lah beli pinggan mangkuk ni. Pinggan mangkuk Corelle ada waranti 1 tahun, yang Pyrex pulak ada waranti 2 tahun. Tak payah kumpul setem atau point. Belanja minimum rm30.00 dalam satu resit je dekat Guardian dah boleh kumpul pinggan mangkuk Corelle/Pyrex yang cantik dan bermutu tinggi ni.

Promosi ni sah dari 23 Jun sehingga 31 Ogos 2016. So cepat pergi Guardian beli ok. Boleh kita menternak pinggan sama-sama. Haha.

CIK EPAL: Pyrex & Corelle at Guardian
4.5Overall Score
Reader Rating 3 Votes
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail