Mata Memukau Pemikat Gaya

Tahukah anda bahawa wajah anda mampu berubah menawan, dengan hanya solekan di mata?TIS_EYE1Mata merupakan aset terpenting yang ada pada wajah wanita, ia merupakan cermin kepada keperibadian dan personaliti seseorang. Disebabkan itu, adalah tidak lengkap gaya seseorang wanita itu, jika tidak memberikan tumpuan terhadap aset indah yang dikurniakan.

Anda tidak perlu menjadi pro alat solek untuk mengguna penggaris mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menguasai 2 gaya di bawah!

  1. Gaya Kemas dan Sofistikated

Bagi mereka yang ingin menampilkan gaya yang sofistikated dan berani, solekan mata kucing atau lebih dikenali dengan ‘cats eye’ amat sesuai bagi membuatkan mata nampak lebih seksi dan besar. Solekan ini amat diminati trendnya dan tidak lekang dek zaman, sesuai dengan pelbagai gaya dan generasi. Kelebihan solekan mata kucing ini adalah disebabkan ia amat sesuai untuk semua jenis bentuk mata, serta dapat menjadikan aset mata kamu lebih menonjol, galak dan lebih luas. Gaya ini amat sesuai digayakan di majlis makan malam mahupun ketika bersantai kasual. Ia pasti membuatkan si pemakai mendapat perhatian.
Article_March_Eye

Untuk mendapatkan kesan tebal dan penuh seperti ini, penggunaan penggaris mata jenis cecair Canmake Strong Eye Liner (Super Black) amat bertepatan kerana sapuannya lebih kemas, tepat dan lancar. Penggaris mata jenis cecair ini memberi si pemakai lebih kawalan terhadap ketebalan yang ingin ditonjolkan. Produk Canmake ini amat mudah dikendalikan dan amat tahan lama, dan yang paling penting ia tidak membuatkan sapuan comot (kami tahu kekecewaan semua apabila perkara ini berlaku!) Cuma nasihat dari kami, kesabaran dan kerapian diperlukan dalam mengendalikan penggaris mata jenis cecair bagi mendapatkan kesan yang sempurna.

  1. Gaya feminin dan ringkas

 Gaya solekan mata yang ringkas menjadi kegemaran ramai kerana ia menampilkan rias wajah yang lebih feminin dan amat sesuai bagi mereka yang gemarkan gaya semula jadi atau segar disebabkan tumpuan solekan hanyalah pada kelopak mata. Ia sesuai digayakan ketika di pejabat mahupun ketika bersantai dan tidak nampak keterlaluan.Article_March_Eye2

Solekan seperti ini mampu dipelbagaikan mengikut kontur dan kesan yang ingin ditonjolkan. Touch In Sol Style Sepia French Garden Gel-Liner with Diamond dari rangkaian produk Touch In Sol mampu memberikan si pemakai, gaya solekan mata yang kemas dan ringkas dan padat pada kelopak mata. Ia amat mudah digunakan dan yang paling penting penggaris mata ini tidak mudah comot dan tahan lama!. Produk Gel-Liner Touch In Sol ini didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik bagi memberikan pilihan kepada pemakai untuk menyesuaikan mengikut gaya dan kesan warna yang ingin ditonjolkan. Kami pasti anda akan tertarik dengan warna-warna yang ditawarkan.

Memiliki wajah yang berseri dan menarik idaman setiap wanita. Jadi apa tunggu lagi! dapatkan penggaris mata dari rangkaian Touch In Sol di Guardian berhampiran, pasti terserlah kejelitaan anda.

 

 

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail