Keremajaan Kulit Dengan Produk Asianic

Pernahkah terdetik di fikiran ketika anda bersalaman dengan seseorang, bagaimana beliau boleh memiliki kulit yang sungguh lembut? Kulit yang bersih, halus serta mulus menjadi idaman setiap wanita.Asianic_1Namun begitu, untuk mencari produk penjagaan kulit yang sesuai adalah amat merumitkan, lebih-lebih lagi apabila mencari produk yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijamin HALAL.Asianic_5Kini, produk keluaran Asianic dapat memenuhi impian anda dengan memberi keutamaan terhadap pengekalan keremajaan kulit dengan memberi kesan pencerahan dan kelembutan yang diidamkan. Setiap produk Asianic telah dirumus khas daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Lebih istimewa lagi, produk Asianic ini telah diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini pastinya akan memberi nafas lega kepada ramai pengguna kerana kebimbangan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam produk telah terjamin.Asianic_4Antara produk Asianic yang kami cadangkan ialah produk Ginger Cream, yang dirumus khas bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan ideal. Ia juga boleh digunakan untuk mereka yang memerlukan kesegaran badan dengan segera, lebih-lebih lagi setelah penat menjalani kehidupan seharian dengan cara menyapu krim tersebut pada badan selepas mandi. Produk Ginger Cream turut sesuai anda gunakan sebagai krim urut untuk mengeluarkan angin, membantu melancarkan aliran darah serta menghilangkan sakit otot dan sendi kerana terdapat juga campuran minyak pati dan ekstrak halia. Krim ini juga mudah diserap tanpa meninggalkan kesan berminyak pada kulit yang sememangnya menjadi kriteria utama pengguna dalam mencari krim badan.Asianic_3Disamping itu, Asianic turut memperkenalkan dua jenis pilihan untuk Hand and Body Lotion yang setiap satunya mempunyai keistimewan serta aromanya yang tersendiri. Pilihan yang diberikan ialah Japanese Cherry Blossom dan Rice Milk. Kedua-duanya diperkayakan dengan ekstrak minyak kelapa dara yang sememangnya mempunyai banyak kelebihan.

Asianic_2Tambahan pula, Hand and Body Lotion Asianic ini dirumus khas bagi mengurangkan kedutan pada kulit dan tangan. Ia juga diformulasikan untuk memberikan kesan kelembutan dan kecerahan kulit yang diinginkan oleh setiap wanita.

Produk Asianic adalah sangat istimewa kerana ia dirumus khas agar sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit. Pemilihan ramuan dan bahan-bahan sangat dititikberatkan kerana mereka memastikan produk-produk tersebut diproses daripada estrak tumbuh-tumbuhan sahaja. Ini adalah untuk memastikan supaya pengguna berpuas hati dengan hasil yang diberikan, terutamanya untuk jangka masa yang panjang. Selain itu, Asianic amat mementingkan jaminan dan pengiktirafan HALAL daripada JAKIM serta memperoleh kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia supaya pengguna boleh menggunakan produk-produk Asianic tanpa was-was.

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail